Followers

Friday, March 30, 2012

Hancur separuh seperti kaca

Hari ni hati mula tak terkata apa, seperti mati akal, mata ayat, dan mati akal. Setiap saat aku cuba memaksa hati dan fikiran untuk tidak mengingat perkara yang menyakitkan. Cuba untuk tabah, cuba untuk kuat, dan cuba untuk tidak mengalah.

Aku cuba berdiam diri untuk seketika untuk menenangkan hati dan hidup aku. Mula berfikir, adakah kaca yang hancur akan bercantum semula menjadi cermin yang sempurna? Semua terletak pada diri masing-masing dan keegoaan masing-masing.

Aku dah mula untuk melarikan dia, pergi jauh, menyorok, menyepikan diri, sakit atau sembuh hanya aku dan Tuhan saja yang tahu. Kemana pun aku pergi, jangan kejar selagi kau tak menyesal dengan kata-kata kau pada 29 March 2012.

Sejujurnya, aku sentap, sakit hati, pedih dengar kata-kata kau, tapi aku terima dengan redha. Aku masih sedar siapa aku selagi kau tidak jadi insan yang sah dalam hidup aku. Aku biarkan kau seorang diri, memberi ruang pada kau, hidup tanpa aku untuk beberapa hari, mungkin untuk selamanya.

Terasa dengan kata-kata kau, membuat aku mula rasa untuk pergi tinggalkan kau, hidup seorang seperti dahulu sebelum kau muncul, atau senang kata aku mula tawar hati.

Dan sekarang, tuhan menentukan segalanya, berserah pada Dia yang Satu, moga Dia tunjukkan jalan untuk aku membuat keputusan yang sangat besar.




Friday, February 17, 2012

29082011

Hari ni 5bulan 19hari :') Alhamdulillah aku ucapkan.

Rasa bersyukur bila Tuhan temukan insan yang baik pada aku. Dia cukup segala sifat baik yang aku idamkan walaupun kadangkadang dia buat aku sakit hati tapi itu lumrah dalam sesuatu hubungan.

Dia baik, penyayang, sangat lah ambil berat tentang aku sampaikan 4hari aku demam berturut-turut dia datang merlimau untuk jenguk aku okay ke tak sampai lah ak dah baik demam :') Dia bawakan bubur MCD :'P

Dia lah yang paling penyabar sekali. Sabar dengan perangai aku, kerenah aku. aku selalu kurang ajar dengan dia tapi dia sabar, pujuk aku slow-slow, nasihat aku balik, layankan ego aku yang tinggi sangat ni. Selalu dengar je aku marah-marah tengah-tengah malam.

Tapi dia tak pernah tinggalkan aku, selalu dengar masalah aku, dengar aku menangis, melalak, merungut segalanya dia yang dengar. Dia selalu tegur aku buat benda yang baik-baik :') Dia selalu buat macam-macam untuk aku, terharu sangat-sangat. Tapi bila aku marah dia, aku lupa segala yang dia beri pada aku, buat untuk aku, yelah, masa tu marah dah selubung diri, apa pun tak fikir. Tanpa aku sedar aku selalu sakitkan hati dia.

Dia tak pernah marah aku, dalam sebulan kadang-kadang dia tak pernah marah aku tapi aku je hari-hari marah dia. Sampai kan orang kata aku tak bagi dia ruang untuk diri dia. Memang aku taknak bagi dia ruang, sebab aku sayang dia, aku taknak dia hilang sesaat pun, hanya dia dalam hati aku walaupun aku selalu marah dia, herdik dia, tengking dia, tapi aku sayang dia! Itu pasti :')

Aku selalu teringat masa dia bagi aku bunga ros, hihi, sweet sangat masa tu. Macam tak percaya je bila dia bagi bunga. Lepas tu ada satu hari tu, aku nak balik shah alam naik bas, dia baru balik kerja pagi tu, dia kata nak datang MC tengok aku balik naik bas. Tapi tak sempat sebab dia datang lambat, dia kata dia nak bagi aku sweater dia sebab dia taknak aku kesejukan dalam bas. Baiknya awak :') Sanggup terkejar-kejar sebab nak bagi sweater awak. Lepas tu, satu hari tu kitaorang keluar, dia bawa aku pergi pantai, duduk kat pantai, dengan sengajanya dia sakitkan hati aku sampai aku merajuk, sampaikan aku taknak cakap dengan dia, aku pandang tempat lain, sekali dia sarungkan cincin kat jari aku. Seriously masa tu rasa romantik nya dia, sweet je dia buat kejutan :') Terharu sangat bila cincin tu ada huruf pangkal nama kitaorang dan nama panggilan kitaorang. Kebetulan sebenarnya huruf nya sama. :')

Kalau dengan orang lain, bila gaduh, aku takkan mengalah, aku nak orang tu yang mengalah. Tapi bila dengan dia, walaupun dia yang buat salah, walaupun aku dah marah dia teruk-teruk, aku akan cari dia sebelum tak sampai sehari. Sebab takut hilang dia. Aku selalu berdoa supaya dia jadi milik aku. Aku nak dia jadi yang terakhir dalam hidup aku. Dia dah cukup sempurna untuk aku.

Semalam aku kata aku tak happy keluar dengan dia sebab dia dah sempurnakan apa yang aku nak, mesti dia kecil hati. Maaf buncit, maaf sangatsangat okay :'( Maybe sebab aku badmood dari petang sebelum keluar tu.

Untuk Mohd Nur Illahi : I update ni masa you hilang entah kemana. you kata nak pergi makan, you lapar. Before tu kita oncall, i kejut you bangun, tapi bila you pergi makan, you hilang terus. Mana hilang entah, i terkecil hati sikit, sebab tu i update pasal kita. Whatever is, i love you so much my beby :') Semoga Allah panjangkan dan kekalkan hubungan kita ni :') Moga jodoh kita berpanjangan, Aminnn..

Mohd Nur Illahi
29 August 2011
Illahi
Beby
Buncit
Buchuk
Sayang
Mata bulat :'P
Always be mine okay buncit




Thursday, December 22, 2011

Kita bertemu lagi

Assalamualaikum semua :)
Haa dengan suka hati nya mimi nak umumkan bahawa mimi sudah berada di MERLIMAU, MELAKA :D
Kita bertemu lagi merlimau dan pmm! :')
Hehe,, dalam kereta tersengih-sengih sorank masa on the way balik melaka.
Haha, dont know why :'P
Maybe excited kot :')
Okay, sampai je rumah sewa tengok Faten Amera dah sampai.
Dia sampai semalam. Then Amira Abas pula sampai.
Mimi orang ketiga sampai, ingatkan mimi sorank je balik awal.
So tak ada lah kesepian sebab dah ada orang kat rumah :')
Now, nak teruskan niat dan azam baru sempena naik semester 3 ni. 
Mimi kena kuat unntuk hadapi segala dugaan dan godaan syaitonnnnirojimm :'P
Kena bertambah rajin dan tak boleh malassss. HAHA
InsyaAllah mimi akan kuat nanti kalau korank bagi sokongan pada mimi sentiasa :')
Hari ni macam-macam cerita yang nak diceritakan oleh setiap seorang dalam rumah ni.
Sekarang tengah tunggu Najiha, Atira, dengan Aishah sampai rumah :')
Ohh ye, kita ada orang baru nama dia Indah :')
Welcome to our club and our house.
Hehehe :')


Haa, nak tahu takk?
Jadual kami semester 3 pack! HAHA
Tersengih bila tengok jadual.
Ikut office hour tau. Start pukul 8.00pagi sampai lah 5.00petang.
Dari isnin hingga lah khamis okayy.
Jumaat hanya setengah hari je. Hehe..
Takpe takpe, untuk masa depan dan untuk menjadi akauntan ternama! 
Hehe, insyaallah :')
Kalau dah niat dan azam baru tertanam dalam hati serta kehidupan ni so tak ada masalah kalau jadual pack sekali pun!
Ambooiiii, ayat tak menahan gituuu yooouuu :'P
Esok dah daftar kat poli, then selasa dah start kelas :')
Haha. So caiyokk caiyokk ye mimiey azirah.

Okay lahh, nak tengok Tentang Dhia pula ni.
Bye, assalamualaikum :')

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 20, 2011

Zaman belajar kini kembali







Hye guys :')
Okay okay, hari khamis nak balik melaka dah :D
Sebab apa? Sebab hari jumaat dah kena ada dekat politeknik merlimau melaka (PMM).
Excited okay, serius! ^^
Haha, sebab apa aku je excited ni? Sebab aku dah tekad nak ubah aku punya study, aku punya pointer. Senang kata, semua pasal study aku nak ubah jadi yang lagi terbaik! :')
Fuhh, berdebar pun ada okay :)
Jam kredit kitaorang semester 3 kali 21 mata jam kredit okay. 21! Haa amekk kaww, huhu. Pack ler jadual kami :')
Takpe takpe, semangat nak belajar tu ada kan. So tak ada hal lah :'P 
Amboii, cakap je lebih ye cik mimi kita nii :')
Apa-apa pun, azam baru dah ada, so boleh lah kita melangkah ke semester 3..
Wewiiittttt, semester 3, tunggu kami datang ye :')
Sekejap je dah semester 3. Well, masa sekarang berlalu sekejap je.
Pejam celik, perut kempis jadi buncit pun tak perasan bila. Haha :'P
Walaupun excited, barang tak kemas lagi. Haha :'P
Esok lah kemas yee ^^
Okay guys, happy study yeah :')
Takmoh malas-malas! :')

Ikhlas, 
Mimiey Azirah Rahmat <3

Saturday, December 17, 2011

Mencari ketenangan


Hari ni dapat ketenangan yang diidamkan :') 
Hari ni ada event family day dekat teluk kemang, Port Dickson!
Konvoi 7 kereta.
Jiran tetangga, duduk 1 rumah, happening gila!
Sangat best okay, seriously!
Hilang segala resah dihati, tekanan jiwa.
Alhamdulillah.
Tengok pantai yang cantik, naik banana boat.
Dapat jerit kuat-kuat! Awesome okay :D
Dapat lepaskan segalanya.. 
So, ganjaran nya, kulit agak gelap. Haha.
Tu bukan alasan untuk kita teruskan hidup :')
Walau macam mana pun kita tak boleh mengalah, tak boleh menyerah, tak boleh jatuh!
Kalau dah jatuh, cepat-cepat bangun balik, jangan terus terduduk!
Itu putus asa namanya.
Allah beri kita dugaan untuk kita kuat tempuhi kehidupan.
Bukan saja-saja buat kita lemah, jatuh sampai bila-bila
Dia nak kita belajar apa itu erti kehidupan :')
Dekat pantai tu mimi ada ukir nama mimi dengan si dia dalam bentuk LOVE.
Hehe, gambar ada, tapi biar lah kitaorang je yang tengok :')
Esok pagi sebelum balik, nak pergi jenguk pantai dan laut lagi.
Nak fresh betul-betul lepas ni :')
Sebab lepas ni nak masuk sem baru dah, so taknak stress-stress lagi.
Kena melangkah dengan niat dan azam yang dah ditanamkan dalam diri mimi ni :')
I am really enjoy with this holiday :')
Okay, that's all for today.
Lagipun, mata dah rabak ni sebab semalam tak cukup tidur. Hehe :')
Goodnights all blogger <3

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 13, 2011

Aku cuba tabah

Assalamualaikum everyone :')
Post untuk hari ni memang menyatakan aku sedang cuba untuk tabah.
Setabah yang mungkin!
Dugaan aku sebagai pelajar sangat berat, sama ada aku boleh tempuh atau pun tak.
Aku cuba ubat kesedihan aku dengan ukir senyuman palsu.
Hati cuma Tuhan je yang tahu okay ke tak :)
Tapi aku tahu apa yang terjadi pada aku pasti ada hikmah!
Aku akan cuba yang terbaik untuk diri aku :')
Tak kisah lah aku menangis macam mana pun tapi lepas tu aku akan nekad untuk buat perubahan drastik!
Hmm.. Ada tak tempat best yg boleh legakan hati ni? :'(
Teringin nak pergi satu tempat yang boleh menenangkan hati aku.
Try to be harder person.
Hmm, harap hari yang akan hadir dalam kehidupan aku akan menjadi hari yang baik pada aku.
Cuba untuk jadi yang terbaik.
Cuba untuk senangkan hati semua orang. :')
Tolonglah bantu aku, bimbing aku, dan terima aku seadanya.
Aku insan yang lemah disisi Allah :')

Luahan hati,
Mimiey Azirah

Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.


3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.



Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).
Ikhlas,
Mimiey Azirah <3