Followers

Thursday, December 22, 2011

Kita bertemu lagi

Assalamualaikum semua :)
Haa dengan suka hati nya mimi nak umumkan bahawa mimi sudah berada di MERLIMAU, MELAKA :D
Kita bertemu lagi merlimau dan pmm! :')
Hehe,, dalam kereta tersengih-sengih sorank masa on the way balik melaka.
Haha, dont know why :'P
Maybe excited kot :')
Okay, sampai je rumah sewa tengok Faten Amera dah sampai.
Dia sampai semalam. Then Amira Abas pula sampai.
Mimi orang ketiga sampai, ingatkan mimi sorank je balik awal.
So tak ada lah kesepian sebab dah ada orang kat rumah :')
Now, nak teruskan niat dan azam baru sempena naik semester 3 ni. 
Mimi kena kuat unntuk hadapi segala dugaan dan godaan syaitonnnnirojimm :'P
Kena bertambah rajin dan tak boleh malassss. HAHA
InsyaAllah mimi akan kuat nanti kalau korank bagi sokongan pada mimi sentiasa :')
Hari ni macam-macam cerita yang nak diceritakan oleh setiap seorang dalam rumah ni.
Sekarang tengah tunggu Najiha, Atira, dengan Aishah sampai rumah :')
Ohh ye, kita ada orang baru nama dia Indah :')
Welcome to our club and our house.
Hehehe :')


Haa, nak tahu takk?
Jadual kami semester 3 pack! HAHA
Tersengih bila tengok jadual.
Ikut office hour tau. Start pukul 8.00pagi sampai lah 5.00petang.
Dari isnin hingga lah khamis okayy.
Jumaat hanya setengah hari je. Hehe..
Takpe takpe, untuk masa depan dan untuk menjadi akauntan ternama! 
Hehe, insyaallah :')
Kalau dah niat dan azam baru tertanam dalam hati serta kehidupan ni so tak ada masalah kalau jadual pack sekali pun!
Ambooiiii, ayat tak menahan gituuu yooouuu :'P
Esok dah daftar kat poli, then selasa dah start kelas :')
Haha. So caiyokk caiyokk ye mimiey azirah.

Okay lahh, nak tengok Tentang Dhia pula ni.
Bye, assalamualaikum :')

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 20, 2011

Zaman belajar kini kembali







Hye guys :')
Okay okay, hari khamis nak balik melaka dah :D
Sebab apa? Sebab hari jumaat dah kena ada dekat politeknik merlimau melaka (PMM).
Excited okay, serius! ^^
Haha, sebab apa aku je excited ni? Sebab aku dah tekad nak ubah aku punya study, aku punya pointer. Senang kata, semua pasal study aku nak ubah jadi yang lagi terbaik! :')
Fuhh, berdebar pun ada okay :)
Jam kredit kitaorang semester 3 kali 21 mata jam kredit okay. 21! Haa amekk kaww, huhu. Pack ler jadual kami :')
Takpe takpe, semangat nak belajar tu ada kan. So tak ada hal lah :'P 
Amboii, cakap je lebih ye cik mimi kita nii :')
Apa-apa pun, azam baru dah ada, so boleh lah kita melangkah ke semester 3..
Wewiiittttt, semester 3, tunggu kami datang ye :')
Sekejap je dah semester 3. Well, masa sekarang berlalu sekejap je.
Pejam celik, perut kempis jadi buncit pun tak perasan bila. Haha :'P
Walaupun excited, barang tak kemas lagi. Haha :'P
Esok lah kemas yee ^^
Okay guys, happy study yeah :')
Takmoh malas-malas! :')

Ikhlas, 
Mimiey Azirah Rahmat <3

Saturday, December 17, 2011

Mencari ketenangan


Hari ni dapat ketenangan yang diidamkan :') 
Hari ni ada event family day dekat teluk kemang, Port Dickson!
Konvoi 7 kereta.
Jiran tetangga, duduk 1 rumah, happening gila!
Sangat best okay, seriously!
Hilang segala resah dihati, tekanan jiwa.
Alhamdulillah.
Tengok pantai yang cantik, naik banana boat.
Dapat jerit kuat-kuat! Awesome okay :D
Dapat lepaskan segalanya.. 
So, ganjaran nya, kulit agak gelap. Haha.
Tu bukan alasan untuk kita teruskan hidup :')
Walau macam mana pun kita tak boleh mengalah, tak boleh menyerah, tak boleh jatuh!
Kalau dah jatuh, cepat-cepat bangun balik, jangan terus terduduk!
Itu putus asa namanya.
Allah beri kita dugaan untuk kita kuat tempuhi kehidupan.
Bukan saja-saja buat kita lemah, jatuh sampai bila-bila
Dia nak kita belajar apa itu erti kehidupan :')
Dekat pantai tu mimi ada ukir nama mimi dengan si dia dalam bentuk LOVE.
Hehe, gambar ada, tapi biar lah kitaorang je yang tengok :')
Esok pagi sebelum balik, nak pergi jenguk pantai dan laut lagi.
Nak fresh betul-betul lepas ni :')
Sebab lepas ni nak masuk sem baru dah, so taknak stress-stress lagi.
Kena melangkah dengan niat dan azam yang dah ditanamkan dalam diri mimi ni :')
I am really enjoy with this holiday :')
Okay, that's all for today.
Lagipun, mata dah rabak ni sebab semalam tak cukup tidur. Hehe :')
Goodnights all blogger <3

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 13, 2011

Aku cuba tabah

Assalamualaikum everyone :')
Post untuk hari ni memang menyatakan aku sedang cuba untuk tabah.
Setabah yang mungkin!
Dugaan aku sebagai pelajar sangat berat, sama ada aku boleh tempuh atau pun tak.
Aku cuba ubat kesedihan aku dengan ukir senyuman palsu.
Hati cuma Tuhan je yang tahu okay ke tak :)
Tapi aku tahu apa yang terjadi pada aku pasti ada hikmah!
Aku akan cuba yang terbaik untuk diri aku :')
Tak kisah lah aku menangis macam mana pun tapi lepas tu aku akan nekad untuk buat perubahan drastik!
Hmm.. Ada tak tempat best yg boleh legakan hati ni? :'(
Teringin nak pergi satu tempat yang boleh menenangkan hati aku.
Try to be harder person.
Hmm, harap hari yang akan hadir dalam kehidupan aku akan menjadi hari yang baik pada aku.
Cuba untuk jadi yang terbaik.
Cuba untuk senangkan hati semua orang. :')
Tolonglah bantu aku, bimbing aku, dan terima aku seadanya.
Aku insan yang lemah disisi Allah :')

Luahan hati,
Mimiey Azirah

Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.


3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.



Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).
Ikhlas,
Mimiey Azirah <3


Friday, December 9, 2011

Fareeda Nyata Jelita

Hye guys :) Hari ni nak post pasal Fareeda, apa itu FAREEDA?
Haa, itu yang nak gosip-gosip ni :P Fareeda ni adalah salah satu butik tudung yang terkenal dengan patern serta design yang berlainan. Butik Fareeda ni tudung-tudungnya memang lain dari tudung Ariani, Hajra, Pearl Haya dan sebagainya. Harga pun berpatutan. Selalu buat sale :D Yang istimewanya Butik Fareeda ni, setiap tahun mereka akan buat contest model Fareeda untuk orang awam. Bagi mimi, itu satu program yang sangat bagus sebab bagi peluang dekat semua orang untuk mencuba :) Mimi pun mencuba nasib tau, tapi kan seriously saingan semua kuat-kuat. Hehe,, boleh mengeratkan hubungan baru juga, dapat kawan baru, dapat timba pengalaman yang baik. Kalah menang tu adat pertandingan. Kalau kalah, boleh cuba lagi kan. Cuba tu tak salah, huhu :) Okay, ini dia salah satu gambar-gambar Fareeda :)


ni page butik Fareeda di Facebook, anda boleh like page and tengok koleksi tudung :)




Okay, mimi pun mengharapkan sokongan dari semua kawan-kawan :)
Need your vote, like my picture okay guys :)


Thanks all :)



Berdoa pada Maha Esa

Hye there! Apa khabar? Sihat? Harap awak semua sihat okay :)
Cuti sem selama sebulan ni banyak buat mimi berfikir panjang masa kat rumah.
Fikir tentang semuanya, every single thing! Mula-mula fikir, masa study sibuk nak cuti, menunggu saat nak break sem tapi bila dah cuti ohmaigodd, bosan tahap babun! Rasa macam taknak cuti lama-lama pun ada, rasa nak balik melaka then study macam biasa, Haha, Yelah, dekat rumah, buat perkara yang sama hari-hari. Bangun, mandi, tengok tv, masak, kemas rumah, jaga adik-adik (yelah tu jaga :P), makan, tidur, text and call my buncit, online facebook,, duk menatap facebook tu walaupun tak chat, dan sekarang berblogging pula! Oh god, banyak kan masa dalam bilik je mimi ni. SERIUS okay, mimi suka memerap je dalam bilik if nothing to do kat rumah. Tak kesah lah dekat rumah sewa ke atau rumah family, jangan contohi mimi sebab sangat ANNOYING! Now lagi 2minggu je nak masuk sem baru. Aha! Next week hari isnin 12 december 2011, result final keluar! Takut pun ada. Tahu takk, boleh mimpi kita fail on exam taukkk. Minta jauh lah kan, Aminnn..

Lets pray for our result exam :

Ya Allah, berikanlah kami keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir yang lepas, jika ada yang terbaik buat kami, Kau tunjukkanlah pada kami ya Allah. Kami terima qadar dan qada' dan segala yang Kau tentukan untuk kami, Aminn :)

InsyaAllah (:

Ikhlas dari,
Mimiey Azirah (:

Wednesday, July 13, 2011

Kehidupan seorang pelajar

Kehidupan yang mula aku pelajari saat ini apabila aku mula untuk belajar berdikari 100% tanpa bantuan keluarga.
Mulanya amat sukar tapi aku cuba untuk kuatkan diri (:
Sekarang baru aku sedar betapa susah nya bila tiada ibubapa disamping kita.
Tapi sampai bila aku nak menyusahkan parents aku?
Jadi aku mula belajar utk belajar hidup sendiri, susah sendiri :)
Alhamdulillah setakat ni okay, cuma ade masalah sikit2 tapi boleh handle lagi :)
And aku bersyukur sangat2 sebab dapat housemates yang baik2 belaka.
Antara gadis2 yg baik2 tuh ialah :-
      --->Zetty Hanani
      --->Aishah
      --->Mira Abas
      --->Najiha jieha
      --->Faten Amera

Haa,, ni lahh wajah2 mereka yang santek2 nihh. :)


Zetty, Ecah, Mia, Tira


Najieha (: Roomate saya


Faten Amera, Roomate plus Classmate saya (:


Best dapat satu rumah dengan dorank. Hope dapat bersama sampai sem 6 :) 
Sayang korank semua! :)





Tuesday, June 7, 2011

sekali lagi aku serik

enough lah , siyess aku penat suda kawan dengan manusia bernama lelaki -.-
penat dah hati aku sakitt . yeah , dugaan dari tuhan :)
aku terima dan tempuh dengan baik walaupun sakit .
lepas ni tak ade dah . kawan hanya kawan . aku takkan cuba untuk buka hati aku untuk lelaki lagi
asyik layan perasaan je , better kawan je lagi bagus :)
daripada sakit hati je , better jangan lah lebih2 ..
biar lah 4bulan single ni terus menerus single .
HAHA ,, friends is more better than special boyfriend :)
continue your life sayang :)
love yourself is more better than you love them .
baik fikir diri sendiri dari fikir tentang orang lain .
goodbye love , dont ever come before i'm ready to receive it :)

Thursday, June 2, 2011

sayang EZZATY ADILA SHUKOR ! =)



ade same tak muka kiteorank ? HAHA . kalau dah jumpe memank susah sgt nk pisah ..
aku dengan dia manyak sangat dugaan mase nak rapat . kan zatyy ?
tp ape leh buat , tetap xleh pisah ! =D
aku sayang kau lah wey ..
betul cakap kau , jangan down sangat dan jangan buat orang pandang rendah kat kita .
sekarang aku alami apa yang kau pernah alami ..
aku akan cuba tabah =)
kadank2 terpkir gak and ade gak teringat tp tu lah , aku try utk buat2 hepy ..
buat ape aku nak and aku buat =)
mungkin ade hikmah kan wey .. ni lah dugaan kita untuk capai kebahagian ..
thanks wey , kau sepupu palenk memahami aku ..
sayang kau sangat ! rindu kau dohh !! nanti kita meet okey ! mwah !

Friday, May 27, 2011

adakah aku tak ada peluang lagi :'(


cuba untuk menyelesaikan tapi ape kan daya ..
aku tgk semakin rapuh ikatan kami ..
sebumbung tapi ...
ya Allah , berikanlah kami kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini ..
sesungguhnya aku amat menyayangi mereka ..
adakah aku takda peluang lagi untuk dimaafkan dan dilayan seperti dulu lagi ? :'(
cuba untuk kuat .. diluar sentiasa senyum tetapi dihati tuhan sahaja yang tahu .. 
aku amat menyayangi dia .. 
dia tiada gantinya .. apakah ini balasan aku menjadi insan yang sering melakukan kesalahan ?
meskipun aku mohon maaf pada dia , aku tahu peluang untuk aku tiada lagi .. 
aku mempunyai kekurangan yang sememangnya tidak dapat memuaskan hati dia tapi percaya lah aku suda melakukan yang terbaik untuk masa depan aku . 
aku teramat merindui insan itu .. 
mungkin tertutup hati dia untuk memaafkan aku ... 
apa yang aku rasa kini , ingin pergi jauh , berseorangan , supaya hati dia tak disakiti lagi .. 
aku inginkan pelukan dari dia .. 
adakah ini balasan dari TUHAN ?
ya Allah , ampuni dosa2 aku .. 
hidup aku kosong tanpa dia .. 
sudah 2minggu tidak bertegur sapa .. aku cuba untuk jernihkan keadaan tp ape kan daya ..
sebelah pihak hanya mendiamkan diri ,, membatukan diri .. hanya menganggap aku tiada dimatanya .. 
fikiran aku semakin buntu ,, terasa mahu lari sejauh yang mungkin dan takmahu kembali lagi 
kerana jika aku kembali , aku hanya menyakiti hati dia ...  :'(
sekali lagi aku memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki .. 
aku insan yang lemah .. :'(
halalkan segala nya yang telah awak berikan pada saya sejak saya lahir lagi ..

Thursday, May 26, 2011

kakak yang santekk lagi baek hati :)


gadis ini bernama SHEKYN XEVERA !
dialah yang membantu saya mengedit2 blog ni .. 
huhu , thanks kakak !!
manyakk comey ini blog ,, sweet gitu auww ! :D
saya sukaa tgk mata diaa ..
tengok DP fesbukk dia jee saya dah tao mata dia santekk !
lagi2 bila dia pandang bawah sikit , kan nampak bulu mata tu ..
waaaaa ,,, dari situ saya dah tao mata dia santekk .. 
hee !! :D 
LOVEyoubellybellymuch laa kakak ! 
mwah mwah mwah ! :D
dan dia juga ade rupa yang santekk :)
since saya kenal dia , dialah palenk susah mau letak DP kat fesbukk yg betul2 ley nampak muka dia .
huhu , sebab dia taksuka MENUNJUK okay ! :D 
to all boys kat luar sane : jangan sakiti hati dia lah!dia baekk okey ! 

persahabatan to all friends ESPECIALLY for DAT1G

dan jika berkata,
berkatalah kepadaku tentang kebenaran persahabatan,
sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi,
dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasaterima kasih.

dan dia pulalah naungan dan pendianganmu,
kerana kau menghampirinya saat hati sepi dan mencarinya saat jiwa perlu kedamaian,
bila dia bicara, mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata 'tidak' dikalbumu sendiri,
pun tiada kau menyembunyikan kata 'ya'.

dan bila mana ia diam, hatimu tidak berhenti mencuba
meringkaskan bahasa hatinya,
kerana tanpa ungkapan kata,
dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama
dengan sukacita yang utuh bagaikan tidak terkira.

dikala berpisah dengan sahabat, jangan lah berdukacita,
kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya,
mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung untuk seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

dan tiada maksud dari persahabatan kecuali saling
memperkaya roh kejiwaan,
kerana kasih yang masih menyisakan pamrih,
diluar jangkaan misterinya, bukanlah kasih tetapi sebuah
jala yang ditebarkan,
hanya menangkap yang tiada diharapkan.

dan mempersembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu,
jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangmu,
gerangan apakah sahabat itu hingga kau sentiasa mencarinya
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
kerana dia lah yang boleh memngisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu,
dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa
ria berbagi kebahagiaan,
kerana dalam titik-titik embun pagi, hati manusia menemui
fajar jati dan ghairah segar kehidupan.


-khalil gibran-