Followers

Thursday, December 22, 2011

Kita bertemu lagi

Assalamualaikum semua :)
Haa dengan suka hati nya mimi nak umumkan bahawa mimi sudah berada di MERLIMAU, MELAKA :D
Kita bertemu lagi merlimau dan pmm! :')
Hehe,, dalam kereta tersengih-sengih sorank masa on the way balik melaka.
Haha, dont know why :'P
Maybe excited kot :')
Okay, sampai je rumah sewa tengok Faten Amera dah sampai.
Dia sampai semalam. Then Amira Abas pula sampai.
Mimi orang ketiga sampai, ingatkan mimi sorank je balik awal.
So tak ada lah kesepian sebab dah ada orang kat rumah :')
Now, nak teruskan niat dan azam baru sempena naik semester 3 ni. 
Mimi kena kuat unntuk hadapi segala dugaan dan godaan syaitonnnnirojimm :'P
Kena bertambah rajin dan tak boleh malassss. HAHA
InsyaAllah mimi akan kuat nanti kalau korank bagi sokongan pada mimi sentiasa :')
Hari ni macam-macam cerita yang nak diceritakan oleh setiap seorang dalam rumah ni.
Sekarang tengah tunggu Najiha, Atira, dengan Aishah sampai rumah :')
Ohh ye, kita ada orang baru nama dia Indah :')
Welcome to our club and our house.
Hehehe :')


Haa, nak tahu takk?
Jadual kami semester 3 pack! HAHA
Tersengih bila tengok jadual.
Ikut office hour tau. Start pukul 8.00pagi sampai lah 5.00petang.
Dari isnin hingga lah khamis okayy.
Jumaat hanya setengah hari je. Hehe..
Takpe takpe, untuk masa depan dan untuk menjadi akauntan ternama! 
Hehe, insyaallah :')
Kalau dah niat dan azam baru tertanam dalam hati serta kehidupan ni so tak ada masalah kalau jadual pack sekali pun!
Ambooiiii, ayat tak menahan gituuu yooouuu :'P
Esok dah daftar kat poli, then selasa dah start kelas :')
Haha. So caiyokk caiyokk ye mimiey azirah.

Okay lahh, nak tengok Tentang Dhia pula ni.
Bye, assalamualaikum :')

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 20, 2011

Zaman belajar kini kembali







Hye guys :')
Okay okay, hari khamis nak balik melaka dah :D
Sebab apa? Sebab hari jumaat dah kena ada dekat politeknik merlimau melaka (PMM).
Excited okay, serius! ^^
Haha, sebab apa aku je excited ni? Sebab aku dah tekad nak ubah aku punya study, aku punya pointer. Senang kata, semua pasal study aku nak ubah jadi yang lagi terbaik! :')
Fuhh, berdebar pun ada okay :)
Jam kredit kitaorang semester 3 kali 21 mata jam kredit okay. 21! Haa amekk kaww, huhu. Pack ler jadual kami :')
Takpe takpe, semangat nak belajar tu ada kan. So tak ada hal lah :'P 
Amboii, cakap je lebih ye cik mimi kita nii :')
Apa-apa pun, azam baru dah ada, so boleh lah kita melangkah ke semester 3..
Wewiiittttt, semester 3, tunggu kami datang ye :')
Sekejap je dah semester 3. Well, masa sekarang berlalu sekejap je.
Pejam celik, perut kempis jadi buncit pun tak perasan bila. Haha :'P
Walaupun excited, barang tak kemas lagi. Haha :'P
Esok lah kemas yee ^^
Okay guys, happy study yeah :')
Takmoh malas-malas! :')

Ikhlas, 
Mimiey Azirah Rahmat <3

Saturday, December 17, 2011

Mencari ketenangan


Hari ni dapat ketenangan yang diidamkan :') 
Hari ni ada event family day dekat teluk kemang, Port Dickson!
Konvoi 7 kereta.
Jiran tetangga, duduk 1 rumah, happening gila!
Sangat best okay, seriously!
Hilang segala resah dihati, tekanan jiwa.
Alhamdulillah.
Tengok pantai yang cantik, naik banana boat.
Dapat jerit kuat-kuat! Awesome okay :D
Dapat lepaskan segalanya.. 
So, ganjaran nya, kulit agak gelap. Haha.
Tu bukan alasan untuk kita teruskan hidup :')
Walau macam mana pun kita tak boleh mengalah, tak boleh menyerah, tak boleh jatuh!
Kalau dah jatuh, cepat-cepat bangun balik, jangan terus terduduk!
Itu putus asa namanya.
Allah beri kita dugaan untuk kita kuat tempuhi kehidupan.
Bukan saja-saja buat kita lemah, jatuh sampai bila-bila
Dia nak kita belajar apa itu erti kehidupan :')
Dekat pantai tu mimi ada ukir nama mimi dengan si dia dalam bentuk LOVE.
Hehe, gambar ada, tapi biar lah kitaorang je yang tengok :')
Esok pagi sebelum balik, nak pergi jenguk pantai dan laut lagi.
Nak fresh betul-betul lepas ni :')
Sebab lepas ni nak masuk sem baru dah, so taknak stress-stress lagi.
Kena melangkah dengan niat dan azam yang dah ditanamkan dalam diri mimi ni :')
I am really enjoy with this holiday :')
Okay, that's all for today.
Lagipun, mata dah rabak ni sebab semalam tak cukup tidur. Hehe :')
Goodnights all blogger <3

Ikhlas,
Mimiey Azirah :')

Tuesday, December 13, 2011

Aku cuba tabah

Assalamualaikum everyone :')
Post untuk hari ni memang menyatakan aku sedang cuba untuk tabah.
Setabah yang mungkin!
Dugaan aku sebagai pelajar sangat berat, sama ada aku boleh tempuh atau pun tak.
Aku cuba ubat kesedihan aku dengan ukir senyuman palsu.
Hati cuma Tuhan je yang tahu okay ke tak :)
Tapi aku tahu apa yang terjadi pada aku pasti ada hikmah!
Aku akan cuba yang terbaik untuk diri aku :')
Tak kisah lah aku menangis macam mana pun tapi lepas tu aku akan nekad untuk buat perubahan drastik!
Hmm.. Ada tak tempat best yg boleh legakan hati ni? :'(
Teringin nak pergi satu tempat yang boleh menenangkan hati aku.
Try to be harder person.
Hmm, harap hari yang akan hadir dalam kehidupan aku akan menjadi hari yang baik pada aku.
Cuba untuk jadi yang terbaik.
Cuba untuk senangkan hati semua orang. :')
Tolonglah bantu aku, bimbing aku, dan terima aku seadanya.
Aku insan yang lemah disisi Allah :')

Luahan hati,
Mimiey Azirah

Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.


3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.



Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).
Ikhlas,
Mimiey Azirah <3


Friday, December 9, 2011

Fareeda Nyata Jelita

Hye guys :) Hari ni nak post pasal Fareeda, apa itu FAREEDA?
Haa, itu yang nak gosip-gosip ni :P Fareeda ni adalah salah satu butik tudung yang terkenal dengan patern serta design yang berlainan. Butik Fareeda ni tudung-tudungnya memang lain dari tudung Ariani, Hajra, Pearl Haya dan sebagainya. Harga pun berpatutan. Selalu buat sale :D Yang istimewanya Butik Fareeda ni, setiap tahun mereka akan buat contest model Fareeda untuk orang awam. Bagi mimi, itu satu program yang sangat bagus sebab bagi peluang dekat semua orang untuk mencuba :) Mimi pun mencuba nasib tau, tapi kan seriously saingan semua kuat-kuat. Hehe,, boleh mengeratkan hubungan baru juga, dapat kawan baru, dapat timba pengalaman yang baik. Kalah menang tu adat pertandingan. Kalau kalah, boleh cuba lagi kan. Cuba tu tak salah, huhu :) Okay, ini dia salah satu gambar-gambar Fareeda :)


ni page butik Fareeda di Facebook, anda boleh like page and tengok koleksi tudung :)




Okay, mimi pun mengharapkan sokongan dari semua kawan-kawan :)
Need your vote, like my picture okay guys :)


Thanks all :)



Berdoa pada Maha Esa

Hye there! Apa khabar? Sihat? Harap awak semua sihat okay :)
Cuti sem selama sebulan ni banyak buat mimi berfikir panjang masa kat rumah.
Fikir tentang semuanya, every single thing! Mula-mula fikir, masa study sibuk nak cuti, menunggu saat nak break sem tapi bila dah cuti ohmaigodd, bosan tahap babun! Rasa macam taknak cuti lama-lama pun ada, rasa nak balik melaka then study macam biasa, Haha, Yelah, dekat rumah, buat perkara yang sama hari-hari. Bangun, mandi, tengok tv, masak, kemas rumah, jaga adik-adik (yelah tu jaga :P), makan, tidur, text and call my buncit, online facebook,, duk menatap facebook tu walaupun tak chat, dan sekarang berblogging pula! Oh god, banyak kan masa dalam bilik je mimi ni. SERIUS okay, mimi suka memerap je dalam bilik if nothing to do kat rumah. Tak kesah lah dekat rumah sewa ke atau rumah family, jangan contohi mimi sebab sangat ANNOYING! Now lagi 2minggu je nak masuk sem baru. Aha! Next week hari isnin 12 december 2011, result final keluar! Takut pun ada. Tahu takk, boleh mimpi kita fail on exam taukkk. Minta jauh lah kan, Aminnn..

Lets pray for our result exam :

Ya Allah, berikanlah kami keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir yang lepas, jika ada yang terbaik buat kami, Kau tunjukkanlah pada kami ya Allah. Kami terima qadar dan qada' dan segala yang Kau tentukan untuk kami, Aminn :)

InsyaAllah (:

Ikhlas dari,
Mimiey Azirah (: